Pages

Friday 12 September 2014

Definisi Pendidikan Khas

"Satu bentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas"
Hallahan dan Kauffman(2006)


"Pendidikan Khas merupakan program pengajaran khusus yang direka bentuk bagi memenuhi keperluan pelajar luar biasa. Ia mungkin memerlukan penggunaan bahan-bahan, peralatan dan kaedah pengajaran khusus"
Gargiulo(2003)

"Pendidikan khas adalah pengajaran yang direka bentuk khusus bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang kurang upaya. Pengajaran ini mun gkin dikelolakan dalam bilik darjah, di rumah, di hospital atau institusi lain"
Friend (2005)

"Program Pendidikan Khas di Malaysia merupakan satu usaha yang berterusan menggalakkan perkembangan optima seseorang sebagai seorang yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan mampu menguruskan serta menyedari potensi diri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara"
Mansor (2005)

Siapakah kanak-kanak khas?

Kanak-kanak khas adalah gelaran yang diberi kepada kanak-kanak yang memerlukan keperluan khas yang juga disebut sebagai kanak-kanak istimewa, kanak-kanak kurang upaya ataupun kanak-kanak cacat. Istilah kanak-kanak cacat jarang digunakan pada masa kini berbanding pada masa lampau atas faktor sensitiviti. 

Kanak-kanak khas didefinisikan sebgai kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kank biasa dalam aspek ciri-ciri mental, keupayaan sensori, keupayaan komunikasi, tingkah laku sosial, ataupun ciri-ciri fizikal. Perbezaan-perbezaan ini adalah mencapai tahap yang mana kanak-kank memerlukan modifikasi dalam aktiviti-aktiviti sekolah ataupun perkhidmatan pendidikan khas bagi membolehkannya berkembang pada kapasiti maksimum.

Menurut Kirk (1989), kanak-kanak hanya dianggap sebagai kanak-kanak khas apabila terdapat keperluan bagi mengubahsuai program pendidikan. Ini akibat dari keadaan yang ada pada mereka menyebabkan mereka tidak dapat menerima pelajaran mereka tidak dapat menerima pelajaran dalam cara biasa ataupun meletakkan mereka jauh ke hadapan dan bosan dengan apa yang diajar. Ini menunjukan kanak-kanak IQ yang tinggi (gifted) juga tergolong sebagai kanak-kanak khas.

Banyak label dan istilah yang digunakan dalam usaha mengkategorikan kanak-kanak dengan keperluan khas. Istilah yang dapat digunakan dapat membantu dalam mengumpulkan maklumat dan merancang bagi setiap kanak-kanak dengan keperluan khas. Antara label dan istilah yang digunakan termasuk masalah pendengaran , masalah penglihatan, masalah pembelajaran terencat akal, cacat anggota, cerebral palsi, gangguan emosi, kurang upaya mental, autistik dan perkembangan lambat (Wolfgang, 1992).

Rujukan:  Jamila K.A. Mohamed (2006) Pendidikan Khas untuk Kanak-kanak Istimewa. Kuala Lumpur: PTS PROFESSIONAL

Apa itu pendidikan khas?-1

Assalamualaikum w.b.t..

Tahukah anda apakah yang dimaksudkan pendidikan khas?

Pendidikan khas adalah pengajaran yang direka bentuk bagi memenuhi keperluan pendidikan murid dengan keperluan khas.

Apakah pula yang dimaksudkan 'murid dengan keperluan khas'?

Murid dengan keperluan khas bermakna murid-murid yang mempunyai:

☂kecacatan penglihatan
               atau
☂kecacatan pendengaran
               atau
☂masalah pembelajaran






Apa itu Pendidikan Khas?-2



Menurut buku 'Pendidikan Khas untuk Kanak-kanak Istimewa' karya Jamila K.A. Mohamed, pendidikan khas adalah pengajaran yang direka bentuk bagi memenuhi keperluan pendidikan murid dengan keperluan khas. Pendidikan ini dirancang secara tersendiri, dilaksanakan secara teratur serta dinilai keberkesanannya secara teliti bagi membantu murid dengan keperluan khas mencapai tahap berdikari tinggi dan kejayaan hidup yang memuaskan.